HERE SHE IS !

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 14, 2012

10 CARA MENERAPKAN NILAI AKIDAH SEJAK ANAK MASIH BAYI





Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir. Bagaimana cara untuk melakukannya?? Di sini dikongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:

1- Mengajar menyebut perkataan Allah - ibu bapa selalu cuba untuk mengajar bayi menyebut namanya, sebutan ibu/ayah/mama/papa dll.. Jadi ajarkan juga bayi sebutan 'ALLAH'. Terangkan dengan mudah siapa Allah.. "Allah tuhan kita.. Allah cipta Reem.. Allah cipta ibu ayah"

2- Allah yang mencipta - Setiap kali proses memandikan bayi, apabila mahu dibuka atau dipakaikan pakaian, sambil mengajar sebutan bahagian badan seperti mata, hidung dll, ajarkan juga "siapa yang cipta mata?? - Allah..", 'Siapa yang cipta hidung?? - Allah", "Siapa cipta Reem?? - Allah", "Siapa cipta ibu dan ayah? - Allah"

3- Solat bersama-sama bayi. Beritahu bayi telah masuk waktu solat dan solat apa yang kita akan lakukan serta ajak bayi solat bersama. "Jom solat bersama ibu. Ibu nak Solat Zohor.. Allah marah kalau ibu xsolat zohor". Dan biarkan bayi berada di sekeliling kita semasa kita bersolat.

4- Melakukan ibadah lain seperti membaca Al-quran & berzikir bersama bayi - Apabila kita ingin membaca al-quran atau berzikir, riba bayi bersama. Tunjukkan kepada bayi Al-quran, tasbih dan sebagainya.. dan terangkan apa yang kita lakukan kepada bayi.. "Ibu sedang baca Al-quran. Allah sayang siapa yang baca Al-quran".

5- Ambil peluang semasa menyusu - Masa menyusu adalah masa yang 'privacy' antara kita dan bayi. Bercakap-cakap dengan bayi tentang nikmat yang Allah beri.. "Allah yang bagi susu untuk Reem minum.. sedapkan susu??? Dan jangan lupa ajar bayi untuk ucapkan alhamdulillah, terima kasih Allah selepas bayi kenyang menyusu.

6- Sentiasa berdoa - Ajarkan bayi berdoa ketika masih bayi, contohnya semasa hendak menyusu, makan dll.. Boleh juga ajak bayi berdoa bersama ketika menyusu.. "Ya Allah, bagilah rezeki susu yang banyak kepada Reem, Reem nak minum sampai Reem umur 2 tahun".. dan sebagainya.

7- Beritahu bayi perkara yang Allah sukai - Contoh apabila bayi /anak kecil membuat sesuatu yang baik, seperti tidak menangis semasa kita bersolat, puji bayi "Bagus, Allah sayang macam ni".. dan sebagainya.

8- Beritahu bayi perkara yang tidak disukai/ dimurkai Allah - Contoh jika anak menangis ketika kita mahu bersolat, beritahu bayi "Ibu nak solat sekejap je.. kalau xsolat, nanti Allah marah".. atau jika bayi meragam dan mengamuk... bagitahu bayi yang Allah xsuka dia berperangai sebegitu.

9- Hubungkan perbuatan baik dengan syurga dan perbuatan buruk dengan neraka - Contoh: "Kalau bagus-bagus, dengar cakap ibu, nanti masuk syurga" ..

10- Hubungkan segala perlakuan kita ketika bersama bayi kepada Allah - Contoh apabila melihat ikan, beritahu bayi yang Allah cipta ikan, dan puji keindahan ikan ciptaan Allah. Galakkan dan terapkan anak-anak sejak bayi untuk melakukan apa yang seorang muslim perlu lakukan walaupun masih bayi.

Kita selalu menyangka bayi tidak faham apa-apa.. Apatah lagi soal akidah yang kita rasakan sangat berat untuk diceritakan. Tapi jangan khuatir. Jika bayi didedahkan dengan penerapan akidah dan akhlak mulia semenjak dari bayi, yakinlah yang bayi akan lebih lebih mudah memahami dan menerima berbanding jika penerapan dibuat apabila anak sudah agak besar.

[PANDUAN] Pemakanan Ibu Menyusu

Ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.

Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

Protein
2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
Sumber protin termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut
* Telur
* Keju, susu dan yogurt
* Tauhu
* Kekacang

Kalsium
Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
Sumber terbaik kalsium adalah :

* Susu, yogurt dan keju
* Jus oren diperkaya kalsium
* Tauhu
* Ikan sardin
* Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

Zat BesiJika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. Sumber terbaik zat besi termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut
* Kekacang
* Buah-buahan kering
* Kuning telur

Vitamin CIbu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
Sumber vitamin C yang baik termasuk :

* Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
* Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
* Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

Vitamin dan MineralAnda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

Cecair
* Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
* Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
* Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
* Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

Tip Lain* Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
* Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.

[PANDUAN]Amalan - amalan Ketika Mengandung





Ibu bapa pastinya sangat gembira apabila mengetahui akan mendapat cahaya mata. Pastinya bayi yang bakal dilahirkan diharapkan menjadi anak yang soleh & solehah, lengkap sempurna anggota badannya, cantik, bijak dan menjadi sebaik-baik ciptaan.
Jom amalkan bersama amalan-amalan ketika mengandung:
♥ Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
♥ Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
♥ Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung:
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
  • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
-------------
Persediaan dan didikan terbaik bermula daripada dalam kandungan lagi ;)

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥





Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

p/s: Sungguh besar darjat seorang wanita di sisi Allah SWT. SubhanAllah

[PANDUAN] Cara Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

♥ bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
♥ bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
♥ breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

♥ Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
♥ Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
♥ Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
♥ Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
♥ Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
♥ Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
♥ Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
♥ Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
♥ Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
♥ Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
♥ Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Parents Nowadays

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

APA ITU SHAKEN BABY SYNDROME?
Merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.
Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat.
Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untukbermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

PERINGATAN
Tangisan adalah satu-satunya cara bagi bayi menyampaikan perasaan dan keinginannya.
Jika kehendak mereka tidak dipenuhi, mereka akan berterusan menangis.
Tagisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi adalah merupakan satu bentuk komunikasi. Sekiranya bayi anda kerap menangis, itu merupakan satu petanda buruk. Segera dapatkan rawatan kerana kita tidak tahu apa yang bayi sedang hadapi.

INGATLAH
Tangisan bayi sekiranya dibiarkan, akan memberikan kesan buruk terutamanya kepada bayi itu sendiri, ibu bapa bayi dan orang-orang di persekitarannya. Tangian yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak)

TAPI HARUS DIINGAT
Bayi yang dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih, tetapi kerana berputus asa dengan ibu bapa sendiri. Berkemungkinan dia akan membesar menjadi seorang yang pendiam dan memendam.

Diharap Ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini.