HERE SHE IS !

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 13, 2012

Tangisan, Cara Bayi Berkomunikasi

Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

•Lapar
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

•Basah
Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

•Tidak Selesa Dengan Persekitaran
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

•Jatuh
Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

•Kembung
Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Berasa Letih Dan Mahu Tidur Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).

Baju Terlalu Tebal
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.

Bimbang Ada kalanya anak berasa tidak selamat apabila ibunya tiada berada berhampiran dengannya. Ketika di sekitar mereka banyak orang yang tidak dikenalnya maka, pelbagai fikiran negatif muncul di fikiran mereka. Si kecil ini mula berasa tidak tenteram, takut dimalukan atau takut ditertawakan. Ketika mereka terjatuh dan puluhan mata memandang ke arahnya dengan terkejut bercampur kasihan,meledaklah tangisan mereka. Bukan kerana sakit tetapi kerana malu telah menjadi pusat perhatian.

Terlalu Melindungi
Ibu bapa yang terlalu melindungi pula cepat bereaksi menolong anaknya jika anak mengalami kemalangan walau sedikit saja. Anak menjadi terbiasa ditolong, tidak pernah mengalami hal-hal berat dan sukar, dan tidak memiliki kekuatan mental menghadapi saat-saat yang sukar. Jadi mereka bertindak dengan menangis ketika menghadapi suasana tegang atau sukar.

Keinginan Dituruti
Ketika anak faham bahawa dia boleh memperoleh perkara yang diingini dengan cara menangis, maka dia akan menggunakan senjata “tangis” itu untuk memperoleh apa saja yang mereka mahukan. Mainan, ais krim, hingga barang yang dilarang untuk mereka akan dibelikan juga oleh ibu setelah mereka menangis meraung-raung.

No comments:

Post a Comment